Selasa, 10 April 2012

PENGENALAN

PENGENALAN


     Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang di alami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat menerusi dua aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi hingga dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda di mana mereka mempunyai banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aspek kedua ialah penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur berlaku dan mereka melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada perkembangan mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah aktiviti. 


     Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka secara fitrahnya ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka. 



    Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. 


     
Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan kemahiran motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan merupakan alat yang penting dalam melakukan pergerakan.



     Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkahlaku badan yang memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain.

     Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanak-kanak mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi kanak-kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan perkembangan kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina yang gemar melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut. 

 APA ITU MOTOR KASAR?



     Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan. Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor.






PERGERAKAN KREATIF


Dibawah topik pergerakan asas, iaitu PERGERAKAN KREATIF, terdapat juga unsur-unsur pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang digunakan. Konsep dan pergerakan yang dilakukan adalah seperti yang dinyatakan. Perbezaannya adalah, bagaimana seseorang kanak-kanak itu menggunakan konsep yang betul bagi menghasilkan pergerakan yang lebih menarik dan kreatif. Sekiranya kanak-kanak itu berjaya melakukannya, maka kanak-kanak itu memahami konsep serta dapat memperkembang kemahiran secara fizikal dan juga mental.

Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu :


1. Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :

a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar

2. Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.


3. Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4. Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan